Skip to main content

"Sentuhan Hati, Didikan Jiwa"

Mari bersama-sama membantu anak-anak syurga kami dalam membentuk kemandirian diri bagi persediaan diri mereka kelak bersama masyarakat, disamping pembelajaran akademik dan ilmu yang bermanfaat sepanjang mereka disini.




"Cabaran pendidikan di Pendidikan Khas bukanlah untuk  mengajar setiap subjek akademik yang diterapkan namun untuk memberi arahan supaya murid tersebut boleh duduk dan belajar. Fokus kami adalah pengurusan diri bagi individu murid itu sendiri disamping persediaan mereka dan kebersamaan bersama masyarakat"


Siti Farah binti Mohamad

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

GURU-GURU


SYAWALUDIN BIN HASAN

GURU PENDIDIKAN KHAS


MUHAMMAD NAQIB BIN MOHAMAD ANUAR

GURU PENDIDIKAN KHAS


NOORAIN BINTI MOHD SULAIMAN

GURU PENDIDIKAN KHAS


MAZLINDA BINTI ALIF

GURU PENDIDIKAN KHAS


SITI AISYAH BINTI IBRAHIM

GURU PENDIDIKAN KHAS


NOOR ZALINA BINTI ABDUL AZIZ

GURU PENDIDIKAN KHAS

0

BILANGAN GURU

0

BILANGAN PPM

0 M

BILANGAN MURID

0

bilangan kelas

Pengurusan

Digital


Mengambil kira pendekatan dan era digital zaman sekarang, kami membuat transformasi dengan menyahut cabaran tersebut dalam melaksanakan semua fail dan sistem digunakan lama kepada yang baru dan mesra pengguna.

Guru

Berpengalaman


PPKI SKTZ dibarisi dengan guru-guru yang berpengalaman sebelum ini dalam menjalankan amanah dengan baik dalam pendidikan mahupun pentadbiran

Pembantu

Murid


Dibarisi oleh Pembantu Murid yang amat membantu guru dalam menguruskan dan mendidik anak murid tanpa lelah, tanpa mereka siapalah kami.

Pendidikan Khas

Di Sktz kami memiliki anak-anak khas mengikut kategori tertentu yang memerlukan perhatian penuh dari kami. Mari mengenali Keistimewaan anak-anak kami ini.

Kategori ini merujuk kepada murid yang mempunyai sekatan atau kehilangan pendengaran, sama ada separa atau sepenuhnya.

  • Pernyataan: MBPK dalam kategori ini mungkin menggunakan alat bantu dengar atau berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Tahap kehilangan pendengaran diukur dalam unit desibel (dB).

Melibatkan murid yang mengalami gangguan penglihatan yang tidak dapat dipulihkan sepenuhnya melalui pembedahan, rawatan, atau cermin mata biasa.

  • Pernyataan: Terbahagi kepada dua sub-kategori: Rabun (Low Vision) yang memerlukan bahan cetakan besar, dan Buta (Blind) yang memerlukan penggunaan kod Braille serta latihan orientasi dan mobiliti.

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau ketiadaan anggota tertentu yang mengehadkan aktiviti fizikal.

  • Pernyataan: Termasuk keadaan seperti Cerebral Palsy, Distrofi Otot (Muscular Dystrophy), atau kecacatan anggota sejak lahir. Mereka mungkin memerlukan kemudahan mesra OKU seperti rampa (ramp) dan kerusi roda.

Kategori yang paling luas dan pelbagai, merujuk kepada masalah saraf yang menjejaskan keupayaan otak untuk menerima, memproses, dan menyimpan maklumat.

  • Pernyataan: Antara sub-kategori di bawah ini termasuk:

    • Autisme (ASD): Kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi.

    • ADHD: Masalah tumpuan dan hiperaktif.

    • Disleksia: Kesukaran khusus dalam kemahiran membaca dan mengeja.

    • Sindrom Down: Kelewatan perkembangan fizikal dan kognitif akibat kelainan genetik.

    • Lewat Perkembangan (Global Developmental Delay): Pencapaian lewat dalam pelbagai bidang perkembangan.

Murid yang mengalami gangguan dalam komunikasi lisan yang ketara sehingga menjejaskan kefahaman atau penyampaian maklumat.

  • Pernyataan: Ini termasuk masalah sebutan (artikulasi), gagap, atau gangguan suara yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kategori bagi murid yang mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan secara serentak.

  • Pernyataan: Contohnya, seorang murid yang mengalami kedua-dua masalah penglihatan dan masalah pendengaran (Bermasalah Pendengaran-Penglihatan), yang memerlukan pendekatan pengajaran yang sangat khusus dan unik.

Sistem Pengurusan
Digital

 

Tentang Kami

PPKI SK Tengku Zainun merupakan program pendidikan khas yang menempatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Asalnya diberi nama SK Tampin, PPKI di sekolah ini telah ditubuhkan pada 16 Disember 1992 yang diasaskan oleh En. Shafiee b. Mohd Nor.

Aktiviti Kami

 

Kami Disini